Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Kes harian tertinggi setakat ini adalah 9020 kes pada 29 Mei 2021 yang merupakan mimpi ngeri buat seluruh warga Malaysia. Negeri Selangor juga masih tidak kalah dengan negeri-negeri lain dengan memiliki kes kumulatif harian tertinggi.
Sumber Berita Perdana Negara melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan mengerahkan lebih 70 ribu anggota daripada pelbagai agensi untuk memastikan penutupan penuh yang akan bermula pada 1 Jun ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dari sudut penguatkuasaan.
Memetik kenyataan media sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang yang menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan yang menguatkuasakan “Total Lockdown” di seluruh negara. Muslimat Ampang turut menyatakan, “Total Lockdown” Fasa 1. Tindakan terbaik ketika ini… Ayuh patuh!! “.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada para frontliners, pihak kerajaan dan kita semua dalam mengharungi situasi wabak pandemik Covid-19 dan juga semoga segala usaha kerajaan menentang virus ini dikurniakan kemenangan bagi negara kita InshaAllah.
“Kita Mesti Menang”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor