Home Berita PAS Selangor

Kempen jom istighfar 100 kali sehari – PAS Kawasan Damansara

569
SHARE

May be an image of text that says "KEMPEN Jom Istighfar 100 KALI SEHARI AL-QURAN Surah Nuh 10-12 SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA HADITH "Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka". (HR Abu Daud) DENGAN NIAT AGAR ALLAH MENGANGKAT WABAK COVID19 DARI NEGARA KITA"

 

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Damansara

Oleh : Umar Al-Hayawi

Damansara | Di saat pandemik COVID-19 sedang mengganas diseluruh negara terutama di Negeri Selangor, sudah tentu selain pelbagai usaha pihak kerajaan dan rakyat menyekat penularan ini semakin membarah, perkara yang paling utama adalah kembali mengadu kepada Allah SWT.

“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. (HR Abu Daud)

Berdasarkan kenyataan media sosial PAS Kawasan Damansara, menyeru agar kita semua menyahut Kempen Jom Istighfar 100 Kali Sehari untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam situasi wabak Covid-19 ini. Waktu Pandemik seperti ini macam-macam benda boleh berlaku samada kepada kita, rakan-rakan, mahupun keluarga tersayang.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa bersedia dengan menguatkan emosi dan kekuatan rohani, kerana kita semua akan kembali kepada Allah SWT. Semoga dengan usaha kita mendekatkan diri kepada-Nya, Allah mengurniakan kemenangan kepada negara kita dalam memerangi virus Covid-19 InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor