Home Berita PAS Selangor

Hina Raja : PKR bergaduh sama sendiri – Ketua Pemuda PAS Selangor

443
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "KENYATAAN ISWARDY TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN PKR FAHMI FADZIL SINAR HARIAN VideodidakvahinaAgog:swardy Morni Video didakwa hina Agong: Iswardy ditahan polis (LIVE 28.5 .2021 TOTAL OCK DOWN: aal MAMPOS LA HANTU GIGI PARTI SENDIRI PUN TAK KEBULUR NAK BELA KAU!!! YANG PASTI AKAN ADA ANJING BERSEKUTU LAIN MEMBELA HANTU GIGI NI NANTI... TUNGGGUUUUU"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Sungai Buloh | Tular satu rakaman di media sosial berdurasi sekitar 3 minit yang telah menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Rakaman tersebut dengan jelas berniat untuk menghina Raja dan Institusi yang memayungi kesejahteraan rakyat dan lambang kedaulatan negara. Individu yang menghina tersebut merupakan seorang pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Hanafi Zulkapli ketika dihubungi menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dalam negara yang sudah membangun, membawa politik yang lebih matang dan sejahtera, wujud lagi pemimpin-pemimpin politik yang bersikap dangkal dan berfikiran cetek.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan. Kenyataan tersebut bukan sahaja biadap akan tetapi telah membawa perbalahan dikalangan pemimpin PKR. Seorang pimpinan PKR menafikan ianya suara mewakili Parti. Tapi ada solidariti dari parti dan seorang lagi sudah mencarut-carut kepada pimpinan parti tersebut, mana satu korang ni PKR? “, jelas Ustaz Hanafi terhadap sandiwara baru ini.
“Korang ni dah cerca merba. Jika tidak pandai menghormati, janganlah marah jika kamu tidak dihargai. Cuma, saya melihat ia bukan satu kebetulan dengan gerakan secara licik membawa bibik kebencian kepada Institusi Sistem Beraja dalam negara kita. Mereka membawa naratif ini dan berani bertindak secara “kamikaze” dengan menjayakan plan dan langkah-langkah membawa sentimen kebencian kepada Institusi Raja”, ujar beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan agar anak-anak muda agar perlu lebih cermat dalam memahami perancangan licik tersembunyi gerakan ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor