Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Sumber Berita Perdana Negara melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan mengerahkan lebih 70 ribu anggota daripada pelbagai agensi untuk memastikan penutupan penuh yang akan bermula pada 1 Jun ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dari sudut penguatkuasaan.
Oleh itu, kita sebagai warga Malaysia hendaklah menglurkan tangan kita untuk membantu para frontliners yang bertukus lumus melaksanakan amanah negara dengan mendisiplinkan diri, sentiasa berada didalam rumah dan menjaga SOP.
Memetik kenyataan media sosial PAS DUN Gombak Setia dibawah Parlimen Gombak, “Fasa Pertama Total Lockdown di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 – 14 Jun 2021. Sama-sama kita menjaga diri, keluarga dengan #SelfLockdown dan mematuhi SOP serta penjarakan sosial”.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada para frontliners, pihak kerajaan dan kita semua dalam mengharungi situasi wabak pandemik Covid-19 dan juga semoga segala usaha kerajaan menentang virus ini dikurniakan kemenangan bagi negara kita InshaAllah.
“Teruskan usaha, teruskan doa”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor