“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulamak PAS Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru sahabat handai, pimpinan dan ahli serta para pejuang Islam untuk sama-sama mendoakan kesembuhan buat Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
Ustaz Rizuan Rahmat selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor masih menerima rawatan di Hospital Klang akibat positif COVID-19. Sebelum ini, keadaan beliau amat membimbangkan. Namun kini doa dari semua agar beliau kembali sihat stabil walaupun masih memerlukan perhatian oleh Doktor.
“Ya Allah Tuhan semua manusia hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah dia, Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penderitaan”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor