Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kapar | Penularan wabak Covid-19 ini sudah sangat serius dan tidak boleh dibuat main lagi. Kita patut mengambil tindakan dan banyak bersabar daripada keinginan untuk ziarah-menziarahi, merentas negeri dan sebagainya. Kes Covid-19 sudah mencecah 8000 lebih. Oleh itu, bila lagi kita mahu ambil tindakan untuk membawa kemenangan buat negara kita melawan pandemik ini?
Memetik kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh menerusi kenyataan media sosial, “tingkatkan pergantungan kepada Allah SWT dengan menunaikan Solat Sunat Hajat pada setiap hari selepas solat Maghrib. Seterusnya amalkan lockdown kendiri, kekal berada di dalam rumah melainkan bekerja atau ada urusan penting dan minimakan aktiviti temu fizikal, namun jangan abaikan aktiviti jamaah”.
“Pastikan semua mendaftar untuk vaksinasi dan pastikan hadir vaksinasi. Seterusnya maklumkan kepada pimpinan cawangan atau kawasan jika dijangkiti, berkeuzuran dan memerlukan bantuan. Maksimumkan juga usrah, mesyuarat dan pertemuan secara atas talian. Selain itu, cuba untuk tangguhkan sebanyak yang boleh segala aktiviti ziarah umum. Akhirsekali, segala aktiviti kebajikan akan diselaraskan oleh Khidmat Malaysia”, sambung beliau lagi.
“Jom Pakat Amalkan Self Lockdown”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor