Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Kes baharu dari hari ke hari makin membimbangkan. Kes COVID-19 harian sudah hampir mencecah 8000 dan angka kematian masih puluhan. Negeri Selangor juga masih ditangga teratas bilangan kes tertinggi di Malaysia. Hospital-hospital di seluruh negara mula kehabisan tempat untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ini.
Memetik seruan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berdasarkan hantaran media sosial,” ayuh bersama kami!
Mengamalkan Self Lockdown di rumah”.
Apa yang perlu anda lakukan dalam Self Lockdown ini?
1. Pergi ke pasar atau kedai seminggu sekali
2. Sentiasa mengisi minyak kenderaan bertangki penuh
3. Solat berjemaah di rumah bersama keluarga
4. Optimakan pembelian secara atas talian
5. Polisi tidak menerima tetamu
6. Dapatkan keperluan harian di tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal
Semoga Allah SWT menjaga dan memberi keselamatan buat kita semua daripada wabak penyakit COVID-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor