Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh: Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | Dewan Pemuda PAS Kuala Langat membuat tinjauan dan memberikan sedikit bantuan dan sumbangan kepada sebuah keluarga yang rumahnya terbakar di Kuala Langat. Kejadian kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 3 pagi.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat Ustaz Hanif Jamaluddin ketika mengulas berhubung kejadian tersebut, “sayu rasa hati ini bila dapat khabar berita ada sahabat kita rumahnya terbakar awal pagi tadi. Syukur kepada Allah SWT tiada kemalangan jiwa berlaku”.
“Barang-barang penting semua tidak dapat diselamatkan. Memang mereka keluar sehelai sepinggang. Ya Allah!”. Kepada sesiapa yang rasa simpati dan ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun berikut :
CIMB-700 717 8097
(Saiful bin Sabudin)
013-6294703
“Sama-sama kita membantu meringankan beban insan yang diuji dan memerlukan tambahan pula ketika keadaan COVID-19 sedang melanda ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kita semua”, ujar beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor