Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengeluarkan satu pesanan dalam paparan saluran rasmi media sosialnya tentang kedudukan mereka yang pelihara diri saat berdepan dengan penularan wabak.
Memetik sepotong Hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Al-Mu’minin A’isyah RA beliau berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang taun, lalu baginda berkata :
Sesungguhnya ia adalah azab yang Allah hantar kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Allah menjadikan ia sebagai rahmat kepada orang beriman. Tidak ada seorang pun saat berlakunya taun lalu dia duduk di negerinya dengan penuh kesabaran dan mengharapkan ganjaran pahala, dan dia tahu bahawa dia tidak akan ditimpa musibah melainkan apa yang telah Allah tetapkan buatnya, melainkan dia akan mendapat seperti ganjaran pahala orang yang syahid.” Riwayat Al-Bukhari (3474)
Bolehkah Covid-19 Dikategorikan Sebagai Taun?
Syeikh Ibrahim Al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis menyatakan:
“Wabak adalah taun dan juga penyakit yang meliputi umum.”
Pesanan ini sebagai satu nasihat dan peringatan buat semua rakyat Malaysia khususnya kaum ibu dan muslimah agar berusaha menjaga diri, keluarga dengan kuarantinkan diri dirumah masing-masing. Kesabaran itu menatijahkan pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor