“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI) Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Perjuangan rakyat Palestin mempertahankan bumi Al-Aqsa dibuktikan oleh rakyatnya disemua peringkat dalam masyarakat. Baik dikalangan pemuda, pemudi, orang-orang tua sehinggalah termasuk dikalangan anak-anak kecil menunjukkan semangat waja.
Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam Al-Mustaqim Gombak turut menanam semangat perjuangan ini dalam diri anak-anak murid. Berdasarkan satu hantaran kenyataan di media sosial SRITI Gombak, “solidariti ini adalah tanda sokongan kita kepada umat Islam Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa”.
“Kita semua sebagai umat Islam perlu mengecam sekeras-kerasnya kejahatan Israel Zion1s laknatullahi ‘alaihim yang telah membunuh, menzalimi rakyat Palestin dan memusnahkan rumah serta bangunan”, jelas kenyataan itu lagi.
Pihak SRITI Al-Mustaqim juga menzahirkan jutaan terima kasih atas sokongan para tenaga pengajar dan ibubapa. Murid-murid SRITI Al-Mustaqim sentiasa menyokong dan menunjukkan cinta terhadap Palestin. Semoga usaha kecil kita ini dibantu dan diterima oleh Allah SWT.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor