Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saf kepimpinan berdukacita dengan insiden pertembungan tren yang berlaku di LRT Laluan Kelana Jaya malam tadi.
BPPWP turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua yang terkesan khususnya penumpang-penumpang tren berkenaan yang tercedera. Semoga kalian semua tabah menghadapi ujian ini dan diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
BPPWP menyeru supaya siasatan dijalankan secepat mungkin agar pihak bertanggungjawab dapat dikenalpasti dan tindakan sewajarnya dapat diambil.
BPPWP juga melalui Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) bersedia membantu mangsa-mangsa terlibat yang memerlukan bantuan dalam urusan perundangan berkaitan insiden berkenaan.
اللهم اجرهم في مصيبتهم واخلفهم خيرا منها