Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima Ketua Polis baru iaitu Superintendan Tuan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh yang telah mengantikan penyandangnya sebelum ini iaitu Supt.Tuan Azizan Tukiman.
Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkesempatan berkunjung dan beramah mesra dengan Ketua Polis baru di IPD Kuala Langat itu. Kesempatan itu dapat bertanya khabar tentang situasi terkini yang ada di daerah Kuala Langat.
Ahli Dewan Negeri Selangor Sijangkang itu juga mengucapkan selamat bertugas kepada Tuan Supt. Ahmad Ridhwan dan didoakan agar terus sukses dalam perkhidmatan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor