Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Subang | Daripada sudut saintifik, vaksin adalah sediaan biologi yang memberikan imuniti aktif (keimunan aktif buatan) terhadap penyakit berjangkit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit dan sering dibuat dari bentuk mikrob yang lemah atau yang sudah mati, toksiknya, atau salah satu protein pada permukaannya.
Ejen tersebut merangsang sistem imuniti badan untuk mengenali agen tersebut sebagai ancaman, memusnahkannya, dan untuk mengenali dan memusnahkan mana-mana mikroorganisma yang berkaitan dengan agen tersebut pada masa akan datang. Vaksin boleh bersifat profilaksis iaitu mencegah atau memperbaiki kesan jangkitan pada masa depan oleh patogen (agen berjangkit) semula jadi atau “liar”, atau terapi untuk melawan penyakit yang sudah pernah terjadi, seperti demam campak.
Itulah sedikit sebanyak penerangan mengenai konsep vaksin yang InshaAllah akan membantu negara kita mencapai kemenangan dalam memerangi virus COVID-19.Ternyata bahawa mencegah adalah lebih baik daripada merawat jika kita mengambil iktibar daripada mangsa-mangsa COVID-19 yang telah dijangkiti. Ia membuatkan lebih sukar bagi doktor untuk merawat dengan keadaan kekurangan tempat rawatan seperti ICU dan mempunyai risiko kegagalan fungsi organ yang membuatkan peluang untuk terselamat lebih rendah.
Memetik kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, “Ambillah vaksin. Lindungi diri, lindungi semua”.
Semoga Allah melindungi kita semua khususnya para frontliners yang memikul amanah negera untuk membawa kemenangan negara kita melawan pandemik ini InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor