Home Berita PAS Selangor

Seruan mengamalkan ‘lockdown’ kendiri Oleh PAS kawasan Ampang – PAS Kawasan Ampang

99
SHARE

May be an image of text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Bilangan kes harian COVID-19 di negara kita masih kekal diangka 6 ribu ke atas. Negeri Selangor juga masih ditangga teratas bilangan kes tertinggi di Malaysia. Hospital-hospital di seluruh negara mula kehabisan tempat untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ini. Katil ICU di hospital turut mencapai tahap maksimum kerana dibanjiri pesakit-pesakit yang kesemuanya memerlukan rawatan rapi. Jika perkara ini berterusan di negara kita, kemenangan kita melawan virus COVID-19 ini akan terus tertangguh.

Sumber Berita Perdana Negara melaporkan para frontliners negara kita kepenatan dan kehabisan tenaga pekerja. Mereka telah bekerja dengan teruk sehingga ada yang tidak pulang ke rumah untuk jangka masa yang panjang, ada juga yang tak sempat berehat dan sebagainya. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang memikul amanah yang cukup berat bagi menjaga kemaslahatan negara.

“Oleh itu, kita perlu menghulurkan tangan kita untuk membantu para frontliners negara kita dengan menjaga SOP dan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Dengan itu kita dapat membantu negara kita mencapai kemenangan dengan lebih cepat InshaAllah. Maka rakyat Malaysia, marilah kita sahut seruan bantuan daripada pihak kerajaan dengan mengamalkan ‘lockdown’ kendiri. Dengan cara ini secara tidak langsung kita dapat menyelamatkan diri kita dan masyarakat sekeliling.

Memetik kenyataan yang dibuat oleh PAS Kawasan Ampang, satu cara telah diambil bagi membantu mengawal kenaikkan kes kumulatif harian khususnya di Negeri Selangor dengan mengamalkan ‘lockdown’ kendiri. Rakyat Negeri Selangor tidak boleh lagi memandang enteng tentang perkara ini memandangkan Selangor merupakan negeri yang mencatatkan angka kes harian tertinggi.

Semoga Allah menjaga para frontliners negara dan mengangkat wabak COVID-19 ini InshaAllah.

” Kita mesti menang! ”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor