Nadi Selangor By Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha PAS Negeri Selangor
Artikel : Satu ketika dahulu merekalah yang mempopularkan “gutter politics” atau politik longkang yang tiada nilai moral, biadap dan sampah. Kononnya mereka mangsanya.
Hari ini jenis ahli politik yang tandus dan muflis idea ini halal pula bermain “gutter politics” ini. Cukup biadap dan longgar akhlak.
Dalam pada negara bertungkus lumus menghadapi pandemik ini, ramai yang menjadi mangsa, ramai yang terkorban, golongan politik murahan ini ada masa berjenaka dan menjaja “gutter politics”.
Apakah sebenarnya sumbangan mereka dalam membantu negara menghadapi serangan COVID-19 ini selain menuding jari, memperlekeh dan merendah-rendahkan semua pihak.
Kita tidak tahu sampai bila negara boleh kembali pulih, rakyat dapat kembali hidup seperti biasa, yang penting kita bersama menjaga diri, mematuhi SOP dan menyokong langkah-langkah kerajaan. Yang penting pimpinan politik yang biadap seumpama ini perlu kita pastikan tiada lagi dipilih rakyat.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor