Home Berita PAS Wilayah

JAM Wangsa Maju Bantu sanitasi kediaman penduduk dan PASTI.

180
SHARE

WANGSA MAJU 24 mei: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju akan membantu menyediakan perkhidmatan sanitasi secara percuma kepada masjid dan surau yang terpilih di Wangsa Maju bagi mencegah penularan Covid-19.

Komandan JAM Wangsa Maju, Solahuddin Ayubi berkata, penganjuran program tersebut jelas menunjukkan JAM Wangsa Maju mengambil berat mengenai keselamatan warganya dan komuniti setempat.

“Kerja-kerja pembasmian kuman ini akan diteruskan secara berkala.

“Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengerusi-pengerusi apartment Mahasa Villa, PPR Sentul Murni dan pengurusan PASTI Genius Mursyid yang memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang aktiviti sanitasi berjalan,” ujar beliau.

Turut hadir semasa proses sanitasi ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju , Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud , Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, Pengerusi JMB Mahasa Villa, Ustaz Khairul Anuar Yahaya dan Pengerusi Persatuan Penduduk Mahasa Villa, Encik Mohamad Adzmi Minhat