WANGSA MAJU: Kira-kira 100 penerima golongan wanita B40 di Wangsa Maju menerima sumbangan bantuan Bakul Makanan dari PAS Kawasan Wangsa Maju
Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud berkata, lebih 100 kotak diedarkan kepada golongan itu yang terkandas akibat pandemik Covid-19.
“Sumbangan Bakul Makanan ditaja oleh Timbalan Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) malaysia, YB Senator Puan Hajah Nuridah Mohd Salleh yang banyak membantu golongan keluarga B40 yang banyak terkesan akibat Covid-19.
“Tanggungjawab kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumbangan dijalankan secara pandu lalu yang di anjurkan oleh PAS Kawasan Wangsa Maju di PASTI As-Siddiqin, Taman Setapak Indah, semalam.
Sementara itu, Ustaz Abdul Rani berkata, program seumpama itu diadakan dari semasa ke semasa bagi membantu mereka yang tidak berupaya dan pendapatan yang terjejas akibat pandemik
“PAS Wangsa Maju telah proaktif semenjak pandemik, bantuan bukan sahaja terhad pada bakul makanan, malah, sumbangan bantuan tablet kepada para pelajar untuk pembelajaran dalam talian dan sumbangan peralatan kurang upaya seperti kerusi Roda dan sebagainya.
“Sebelum ini, pertubuhan sudah memberikan bantuan kepada lebih daripada 800 orang di seluruh Parlimen Wangsa Maju,” katanya. –