Home Berita PAS Selangor

Saranan kuarantin kendiri oleh Pengarah JAMNS – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

85
SHARE

May be an image of text

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Kadar jangkitan di Negeri Selangor boleh dikatakan parah dengan angka ribuan per hari. Menteri Kanan Pertahanan Dato Ismail Sabri Yaacob telah menggambarkan bagaimana PKP 3.0 ini diperketatkan di seluruh negara berikutan kes yang terlalu tinggi. Sebagai rakyat yang perihatin kepada diri sendiri dan masyarakat mungkin tiada masalah dengan perlaksanaan Self-lockdown ini.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin menyatakan bahawa kesemua anggota JAMNS sendiri adalah digalakkan melaksanakan Self-lockdown dirumah. Beliau menerangkan tatacara kuarantin kendiri ini dengan usaha elakkan berkunjung ke tempat awam atau orang ramai tanpa keperluan yang mendesak.

Memetik ulasan beliau lagi “semua mesyuarat diperingkat Negeri atau Kawasan perlu dilaksanakan secara online sepanjang tempoh PKP. Jangan panik sekiranya mendapati diri anda dikategorikan sebagai PUI. Laksanakan self-quarantine dengan mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain dan hubungi pihak KKM sekiranya terdapat lebih dari 2 simptom pada diri seperti demam, batuk, selsema, hilang deria rasa, sakit-sakit badan atau kelesuan”.

“Terus Amalkan 3W dan Elakkan 3S. Semoga Allah swt melindungi kita dan mengangkat wabak ini secepat mungkin”, ujar beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor