Khabar PAS Kawasn Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Buloh | Dunia dikejutkan dengan kebiadaban Israel mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan menyerang penduduk Palestin yang sedang beribadah di perkarangan Al-Masjid Al-Aqsa. Setelah sebelas hari peperangan berlangsung akhirnya Israel bersetuju untuk genjatan senjata, namun tidak sampai 12 jam genjatan senjata diperkuatkuasakan rejim Zionis ini telah melanggar dengan melepaskan tembakan peluru getah gas pemedih mata di perkarangan Masjidil Aqsa.
Ribuan orang tercedera dan ratusan yang terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita akibat tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis itu. Mereka menggunakan peluru getah dan bom gas mengganggu umat Islam yang sedang menunaikan solat sunat tarawih. Bedilan udara Zionis telah meratah jasad manusia yang tak berdosa. Inilah antara perkara yang terjadi pada saudara seakidah kita di Palestin.
Oleh itu, mana boleh kita pekup telinga dengan bantal dan tidak mengambil endah tentang mereka di sana. Sebagai umat islam kita kena bangkit dan berjuang bersama mereka dengan cara tersendiri. Setidaknya, kita boleh menyumbangkan wang ringgit sebagai satu bentuk perjuangan bersama.Ayuh bersama kita menyumbang simpati kepada Palestin melalui #Aid4Palestine .
Jangan lupa iklan ini.
Bukan sekadar tengok.
“Keluarkan segera harta kedatangan kamu untuk bantu Palestin !”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor