Home Berita PAS Selangor

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Positif COVID-19 – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor

229
SHARE

May be an image of 1 person

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Klang | Seluruh ahli PAS Selangor dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor diuji dengan positif COVID-19 dan beliau telah dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Klang.

Us Rizuan Rahmat menjawat jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor sudah memasuki lebih 2 penggal mengalami kompilasi bersama penyakit yang ada sebelum ini. Menurut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor Us Najhan Halim, Ketua Dewan Ulamak itu dimasukkan ke ICU untuk dipantau dengan lebih dekat. Pun begitu keadaan beliau stabil.

“Seluruh ahli PAS di mohon agar sama-sama bermunajat memohon agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada Us Rizuan dan keluarga serta diangkat musibah ini daripada kita semua”, jelas beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor