“Paparan Lajnah PAS Selangor” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Pandan | Lajnah Ekonomi PAS Selangor menggerakkan aktiviti ekonomi PAS Kawasan dengan turun menziarahi pasaraya atau “Mart” yang dimiliki oleh PAS Kawasan. Disamping berpeluang menambah beberapa stok barangan yang diuruskan oleh Lajnah.
Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Selangor Ustaz Zaharuddin Mohamad ketika mengunjungi PTP Mart PAS Pandan menyatakan bahawa target PAS Kawasan mempunyai 1 mart. Tahun ini InshaAllah Lajnah Ekonomi mensasarkan sebanyak 12 mart seluruh Selangor. Ulas beliau ketika menghantar stok barangan ke PTP Mart PAS Pandan.
“Tahniah kepada Dato Iskandar Samad sebagai YDP PAS Pandan dan Saudara Ismat sebagai penggerak Mart Kawasan Pandan. Juga kepada Hj Mior, orang lama yang turut banyak membantu”, jelas beliau.
“Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT dalam membuat persediaan pembukaan PAS Mart InshaAllah”.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor