Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Selangor | Sudah lebih satu tahun sejak negara dilanda virus Covid-19. Ekonomi negara telah terjejas dengan teruk. Impak ini juga terkesan kepada peniaga-peniaga kecil, buruh harian, pekerja kilang dan sebagainya. Akibat kes Covid-19 baru-baru ini yang meningkat secara mendadak, kerajaan telah mengambil inisiatif PKP secara menyeluruh di negeri Selangor yang mencatat angka kes tertinggi harian.
Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Selangor membimbangkan. Data terkini setakat 20 Mei 2021 adalah sebanyak 2,277 kes harian. Jika benar PKP Menyeluruh dilaksanakan di Selangor, semua sektor dihentikan kecuali sektor kesihatan sahaja. Aktiviti ekonomi rakyat akan terjejas teruk lebih-lebih lagi peniaga kecil dan pekerja gaji harian.
Oleh itu, sumbangan anda sangat-sangat diperlukan buat masa singkat ini agar bantuan dapat disalurkan dengan pantas kepada mereka yang terjejas teruk.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor