Home Berita PAS Selangor

PASMALL pasaraya online PAS Selangor – Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Selangor

389
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎ن PASMall Mall Pasaraya Ahli PAS Membeli Sambil Infaq‎"‎

“Paparan Lajnah PAS Selangor” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Sungai Buloh | Lajnah Ekonomi PAS Selangor melangkah kehadapan dalam usaha menyemarakkan ekonomi dikalangan masyarakat khususnya ahli-ahli PAS disamping menanam budaya menginfak dalam kehidupan. Pasaraya online ahli PAS, membeli sambil menginfak, itulah produk baru dan motto Pasaraya Online PAS Selangor atau dikenali sebagai PASMALL.

Pengerusinya iaitu Ustaz Zaharuddin Mohamad ketika mengulas tentang projek PASMALL ini, beliau menyatakan bahawa PASMALL bermula pada bulan Mei 2021, beroperasi dengan membuat penghantaran rumah ke rumah pada setiap hari Sabtu. Terdapat beberapa segmen dalam portal ini, antaranya ialah produk pembekal iaitu produk yang menyediakan peratusan infaq untuk PAS Negeri Selangor. Jumlah infaq boleh dilihat dalam senarai di portal PASMALL.

Menurut beliau, selain itu terdapat senarai service iaitu perkhidmatan oleh ahli-ahli PAS, kedai-kedai ahli PAS dan lain-lain. Oleh kerana masih terlalu baharu (bermula Mei 2021), maka masih banyak senarai-senarai yang perlu diisi oleh semua peniaga-peniaga dikalangan ahli-ahli PAS.

Tambahan beliau, disiplin kami dalam PASMALL iaitu harga tidak mahal, kualiti dijaga, infaq mesti ada. Sila lawat portal kami:

https://pasmall.org/