Home Berita PAS Selangor

Jualan amal Aid4Palestin anjuran ARC dan pemuda PAS kawasan Sungai Besar – DPPK Sungai Besar

367
SHARE

May be an image of text that says "arc Alturnative Riding Club 講子 JUALAN AMAL AID4PALESTI SABTU (22/5/2021) 9.00 pagi- 12.00 tengah hari PIXELART PRINTING, Jalan Matahari, 45300 Sungai Besar, Selangor. (Hadapan Foodcourt Bumbung Biru) ANJURAN: ARC SUNGAI BESAR DAN DPPK SUNGAI BESAR Jualan Baju Rm5!00 Rm5.00-RM10.00 per helai. Hasil JUALAN 100% akan disalurkan untuk AID4PALESTIN"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | Sumbangan adalah antara salah satu cara untuk umat Islam di negara kita boleh berjuang bersama-sama saudara kita yang menghadapi peperangan di Palestin. Mereka kelaparan, kehausan dan perlukan rawatan. Semua perkara itu memerlukan dana wang. Dengan wang yang disumbangkan InshaAllah kita dapat membantu dan memudahkan urusan mereka disana.

Oleh itu, ARC Sungai Besar dan DPPK Sungai Besar mengambil inisiatif untuk membuat Jualan Amal Aid4Palestin pada ketetapan berikut :

Hari : Sabtu (22 Mei 2021)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : PIXELART PRINTING, Jalan Matahari, Sungai Besar (Hadapan Foodcourt Bumbung Biru)

Jualan Baju : RM5 – RM10 (per helai)
(hasil jualan 100% akan disalurkan ke tabung #Aid4Palestine)

Jom sama-sama membeli dan sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Membeli sambil beramal. InshaAllah sama-sama kita dapat memperoleh ganjaran disisi Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor