Home Berita PAS Selangor

Ahli lembaga pelawat hospital PAS Kota Raja bersolidariti bersama frontliners – PAS Kota Raja

100
SHARE

 

May be an image of 1 person and standing
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Hospital di Gaza dan Palestine di bom oleh Zion1s, pesakit juga tidak dapat dirawat dengan sempurna. Para doktor di sana bertungkus lumus merawat mangsa keganasan Zion1s tanpa kelengkapan yang mencukupi.
Mereka juga terdedah dengan serangan pengganas tanpa belas kasihan. Jalan raya juga pecah dan berlubang akibat dibom Zion1s , ia menyukarkan lagi pergerakan ambulans untuk menyampaikan rawatan. Sehingga kini lebih 200 Syahid, sebahagiannya kanak-kanak dan ribuan lagi cedera.

Sementara itu doktor dan frontliners di negara kita pula bertungkus lumus berperang dengan Covid-19 yang semakin mengganas.
Tuan Haji Mohamad Yusuf Abdullah yang merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam turun melawat hospital pada hari ini. Menurut beliau, kehadirannya bagi berkongsi semangat dan inspirasi bersama para pejuang di medan pertempuran sebenar. Sedang kita walaupun PKP masih bebas ke sana sini dan terdapat juga segelintir lagi manusia tanpa mempedulikan SOP dan menghiraukan jika suatu hari mereka atau keluarga mereka dijangkiti COVID-19.

Ayuh bersama pastikan COVID-19 dapat dibendung dengan kembali kepada Allah, jaga SOP, kurangkan aktiviti yang melanggar SOP dan sentiasa berdoa memohon keselamatan daripada Allah SWT, jelas beliau lagui.
May be an image of standing
Tuan Hj Mohamad Yusuf juga merupakan penggerak kepada NGO KRCAMALSELANGOR yang telah berusaha menyantuni frontliners dengan menyediakan sedikit juadah raya ketupat dan rendang. Sumbangan sepenuhnya dari tabung sedekah gerai Asnaf KRCAMALSELANGOR dan makanan juga dimasak oleh Asnaf KRCAMALSELANGOR.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor