Home Berita PAS Selangor

Serahan kutipan infaq Palestin Syabab Care kepada Aid4Palestin – Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor

289
SHARE

May be an image of one or more people and text that says "ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH MALAYSIA KEPADA PARA PENYUMBANG!!! PALESTINE RM20,000.00 RM20, C 참는k å AM20,000.00 ES estine Syabab Care Malaysia telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk diberikan kepada tabung #Aid4Palestin Hotline 011-13377861 SYABAB CARE Maybank 562209653403 SYABAB CARE MALAYSIA Fasa Pertama!!"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Serangan yang berlaku di masjid Al-Aqsa yang merupakan antara masjid terpenting bagi umat Islam membuatkan semua umat Islam tidak boleh duduk diam. Oleh itu, kita boleh sertai mereka berjihad dengan menyumbang dan menginfakkan harta. Ayuh kita berjihad bersama-sama saudara kita di Palestin dengan menyumbang kepada Aid4Palestin.

Saudara Mohd Fadzli Abu Bakar selaku antara penggerak utama Syabab Care Malaysia yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Selangor ketika dihubungi menyatakan kutipan Infaq Palestin Syabab Care mencecah jumlah sebanyak RM 20,000 dan telah sempurna diserahkan kepada Tabung Aid4Palestin sebagai sumbangan fasa pertama .

Menurut beliau lagi, InshaAllah Syabab Care akan masuk fasa kedua kutipan dengan sasaran yang lebih besar. Syabab Care turut menzahirkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Ayuh teruskan menyumbang bersama Syabab Care Malaysia.

“Infaq anda kami akan sampaikan kepada umat Islam di Palestin”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor