Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Selayang | Saban hari berita kekejaman Zionis Israel menyapa ke ruang berita arus perdana dan laman muka buku yang diselak setiap waktu. Satu demi satu jasad para syuhada menyembah bumi kembali dengan lambaian penuh mesra para Malaikat.
Tuan Hj Zaidy Abdul Talib YDP PAS Selayang menzahirkan rasa sebak di atas semangat dan ruh jihad yang luar biasa ditunjukkan oleh para pejuang Palestin termasuk dikalangan penduduk bumi barokah itu sendiri.
Beliau memuat naik satu poster dalam laman muka bukunya dengan tertera tulisa arab yang bermaksud, mohon maaf ahli rumah minta keuzuran dari menyambut tetamu kerana mereka telah berpindah ke syurga.
Gambaran inilah yang menjadikan rakyat dan pejuang Palestin adalah insan terpilih dan sangat luar biasa yang menjadi contoh pada umat Islam di mana-mana.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor