Home Kenyataan Media PAS Selangor

Sumbangan dana Palestin melalui Aid4Palestine di audit akauntan bertauliah – Bendahari PAS Selangor

122
SHARE

May be an image of text

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Hulu Selangor | Satu kenyataan media dikeluarkan oleh Sekretariat Aid4Palestine yang menyatakan bahawa semua sumbangan orang ramai akan dipastikan terus disalur kepada rakyat Palestin. Melalui kenyataan Pengerusi Sekretariatnya iaitu YB Us Mohd Khalil Abdul Hadi turut menyatakan bahawa 100% sumbangan akan diserahkan tanpa mengambil komisyen atau kos pengurusan.

Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Tuan Hj Mohd Hasnizan Harun dalam mengulas kenyataan media ini menyatakan bahawa perkara ini amat-amat diperlukan dalam mengawal dan menyelia segala sumbangan yang diberikan. Ketelusan dalam mengumpul dana-dana tersebut menjadi suatu kewajiban.

Beliau sebagai individu yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan dana dari ahli-ahli PAS Selangor turut merasakan tindakan Sekretariat Aid4Palestine sebagai satu jaminan kepada penyempurnaan amanah ummah tersebut.

Bendahari PAS Selangor itu turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia berterusan menginfak dan menyumbang demi memastikan perjuangan sahabat-sahabat di bumi Palestin dapat dibantu dengan sebaiknya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor