Kenyataan Media
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
15 MEI 2021 I 3 SYAWAL 1442
?? ????? ?????? : ????? ?????????????? ?????? ??????
Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor
1.Di saat umat Islam di Palestin sedang bergelut dan berhadapan dengan kebiadaban tentera Zionis Yahudi yang menyerang rakyat Palestin, mengotori Baitul Maqdis serta mencabuli kehormatan bulan Ramadan apabila melancarkan serangan sejak 27 Ramadan baru-baru ini, hari ini merupakan genap 73 tahun memperingati detik hitam Nakbah Palestin sejak 15 Mei 1948 yang lalu.
2. Detik hitam ini merupakan luka yang masih berdarah buat ummah sedunia apabila sehingga ke hari ini “tanah barakah” yang merupakan qiblat pertama serta tanah yang menjadi saksi peristiwa Israk Mikraj terus terjajah dengan disaksikan penjarahan Israel semakin terus dikembangkan sedikit demi sedikit dengan sokongan dan bantuan terutamanya dari Amerika Syarikat yang kononnya sebagai “Polis Dunia” menjaga keamanan
dunia.
3. Bercerai berainya kuasa politik antara negara-negara Arab adalah bukti yang menjadi potret tatapan generasi Islam sehingga ke hari ini bahawa ummah lemah tanpa kesatuan ummah. Ummah dilemahkan tanpa kuasa politik tertinggi dalam memelihara hak dan maruah ummah. Hinanya ummah apabila berkiblatkan doktrin Barat. Lihat sahaja goyahnya kesatuan di era Uthmniyyah apabila mengikut jarum Nasiolisme. Ranapnya Khilafah terakhir apabila menjulang Sekularisme. Bisunya negara Arab terhadap pembentukan negara Haram Israel dek dikhayalkan Sosialis Arabism.
4. Amerika Syarikat yang kini mempunyai Presiden baharu, Joe Bidin masih membisu dalam isu serangan biadab rejim Zionis Yahudi. Sebelum ini plot Donald Trump yang begitu menonjol dalam meneruskan agenda Israel Raya terus dijalankan tanpa peduli suara bantahan rakyat Palestin dan ummah. Pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel serta pemasyhuran Vision of Peace dalam mengiktiraf kedudukan haram Yahudi di sepanjang wilayah Gaza adalah siri-siri jahat menerusi kuasa politik yang tunduk kepada kehendak Yahudi.
5. Namun semuanya berterusan kerana ummah masih lagi lena. Tidak lantang kerana menganggap tanah Palestin hanyalah urusan rakyat di Palestin. Sedangkan tanah Palestin ini milik ummah. Ingat kembali ketegasan dan kelantangan Sultan Abdul Hamid (II) yang menolak tawaran nilai tinggi yang dikemukan oleh Theodor Hezl untuk membeli “sebidang” tanah di Palestin bagi penempatan Yahudi.
6. Harapan ummah masa kini menggesa Liga Arab kembali beraksi mengikut kiblat Islam, bukannya masih terpesona “berkiblatkan” Rumah Putih. Negara Arab yang mengelilingi Palestin perlu membuka mata dan berasa malu terhadap Turki yang lebih menunjukkan keprihatinannya terhadap isu ummah ini. Hilangnya taring Arab apabila pemimpinnya bermesra dan tenggelam hanyut dengan rancangan keduniaan yang ditawarkan oleh pihak Barat. Nama seperti Syarif Hussin menjadi watak tali barut yang kekal diingati sebagai boneka Barat.
7. Di kala ini, rakyat Palestin sedang bergelut. Sehingga ke hari ini lebih 100 orang telah syahid tanpa kira kanak-kanak dan wanita yang turut dibunuh dan dibom. Kita yang berada di Malaysia, berjauhan dari mereka tidak boleh untuk tidak turut serta membantu. Usahakan segenap penjuru dan sehabis kudrat bersama bersolidariti dengan ummah Palestin.
8. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menggesa dalam isu yang sedang bergelut ini untuk semua rakyat :
i. Menyahut dan menjayakan kempen ynag telah dilancarkan oleh Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang selaku Duta Khas ke Timur Tengah menerusi kempen Aid 4 Palestine.
ii. Bacaan qunut nazilah setiap kali solat Fardhu. Dan diharapkan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri dapat mengeluarkan notis ini bagi semua masjid dan surau menyahutnya.
iii. Ahli-ahli PAS menggerakkan kempen dan promosi untuk menjayakan secepat mungkin sasaran minima RM 1 juta bagi disalurkan ke Palestin sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Datuk Seri Hj Takiyuddin bin Hj Hassan.
9. DPPNS menyeru kepada semua pimpinan dan rakyat untuk bersatu hati membina perpaduan serta demi meneruskan kelangsungsan sejahteraan negara Malaysia khususnya. Pengajaran besar dari isu Nakbah Palestin ini antaranya apabila negara-negara Arab khususnya tidak bersatu hati yang akhirnya musuh Yahudi berjaya mengambil peluang ke atas perpecahan ummah.
10. Justeru, DPPNS mengharapkan semua rakyat Malaysia terutamanya di Selangor terus berada dalam keadaan SOP yang telah ditetapkan. Di saat para pejuang di Palestin berjuang mempertahankan bumi Palestin untuk kita, kita terus berjuang melawan COVID 19 untuk terus mengukuhkan bumi kita dan bersama dalam perjuangan anak muda di Palestin.
Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor