Oleh MUHAMMAD HADI
ARAU, 9 Mei: Gembira dan terharu. Demikian luahan para guru PASTI Kawasan Arau apabila mereka diraikan dalam satu majlis yang diadakan di PASTI Al Fateh, Behor Mali, dekat sini, baru-baru ini.
Pada program Sumbangan Aidilfitri PAS Arau anjuran PASTI Kawasan Arau itu, seramai 70 orang guru telah menerima sumbangan hari raya.
Turut sama hadir pada program berkenaan, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Russele Eizan, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim, Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau, Husna Hashim dan Ketua Ulamak PAS Kawasan Arau, Ustaz Nasir Nyan.
Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah, majlis berkenaan diadakan sebagai menghargai jasa para guru yang sentiasa komited menjayakan agenda pendidikan PASTI.
“Maka, bersempena dengan kedatangan Syawal tidak lama lagi, PASTI Kawasan Arau telah mengambil keputusan untuk meraikan mereka (para guru) yang telah banyak berkorban demi menjayakan setiap perancangan PASTI.
“Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak khasnya PAS Kawasan Arau dan dewan-dewan (Ulamak, Pemuda dan Muslimat) yang turut sama menyumbang bagi menjayakan program pada hari ini,” katanya ketika ditemui.