Home Berita PAS Perlis

DPPNPs sumbang juadah berbuka kepada ‘frontliners’

82
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 9 Mei: Pengorbanan yang dicurahkan oleh para petugas barisan hadapan dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19 sememangnya tidak dapat dinafikan.

Biarpun ketika orang ramai sibuk membuat persiapan menyambut hari raya, mereka tetap setia menjalankan tugas yang telah diamanahkan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Justeru, sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) telah mengadakan program Sumbangan Iftar Buat Barisan Hadapan semalam.

Menerusi program tersebut, para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada anggota polis, bomba serta petugas hospital telah menerima pek makanan berbuka puasa.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Menurut Muhammad Azmir, masyarakat perlu sentiasa menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh para petugas barisan hadapan kepada negara.

“Atas faktor inilah, maka kami (DPPNPs) berasa terpanggil untuk mengumpul sumbangan bagi menyediakan juadah berbuka kepada petugas di lapangan seperti anggota keselamatan dan anggota kesihatan yang bertugas di negeri ini.

DPPNPs akan terus mengajak masyarakat untuk bersama-sama dengan kumpulan barisan hadapan dalam mendukung tanggungjawab membasmi penularan Covid-19,” katanya ketika ditemui.