Home Berita PAS Pusat

Pencerobohan ke atas Masjidil Aqsa oleh Israel tindakan biadap serta satu penghinaan terhadap Islam dan Ramadhan.

394
SHARE

Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan biadap tentera regim zionis Israel menceroboh Masjidil Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di dalamnya.

Tidak hanya dengan menceroboh Masjidil Aqsa, tentera regim Israel juga turut melemparkan bom tangan dan bom asap, meyerang dan menembak para jemaah di dalam Masjidil Aqsa dengan peluru getah dikala para jemaah sedang menunaikan ibadah mahupun berlindung akibat pencerobohan mahupun serangan Israel.

Tindakan serangan biadap oleh tentera regim zionis Israel tersebut mengakibatkan ramai para jemaah yang sedang beribadah dalam Masjidil Aqsa terperangkap terutamanya kanak – kanak dan wanita. Tentera regim zionis Israel juga turut menahan ramai jemaah Masjidil Aqsa dan penduduk Palestin yang berlindung di dalam mahupun perkarangan Masjidil Aqsa.

Akibat dari itu, lebih 178 orang penduduk Palestin telah cedera dan lebih 88 orang telah dikejarkan ke hospital akibat terkena peluru getah yang ditembak tentera Israel. Ia adalah insiden yang cukup menyedihkan buat Masjidil Aqsa dan rakyat Palestin tambahan lagi ia dilakukan ketika hampir berakhirnya Ramadhan.

Oleh itu Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat menggesa seluruh umat Islam di dalam negara baik di seluruh dunia sama – sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palesin termasuk mengecam serta mengutuk tindakan biadap tentera regim zionis Israel mahupun Israel itu sendiri.

OIC, Liga Arab dan PBB digesa mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel di atas tindakannya yang amat biadap ini. Sesungguhnya tindakan tentera regim zionis Israel mencemarkan kesucian Islam, Masjidil Aqsa dan kemuliaan bulan Ramadhan.

SELAMATKAN PALESTIN DAN WARGANYA, SELAMATKAN MASJIDIL AQSA DAN SELAMATKAN MARUAH DAN KERDIBILITI iSLAM DIMATA DUNIA.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.