Mendapat perkhabaran berita sedih pagi ini, YB Dr. Yusnan Yusof, ADUN Melor serta Timbalan EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan telah kembali ke rahmatullah di pagi Jumaat dan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Jasa besar almarhum untuk rakyat dan Negeri Kelantan terutamanya untuk warga Melor selama 8 tahun diamanahkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor pasti akan dikenang dan dihargai.
Almarhum merupakan antara penggerak Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan yang berfokus untuk menyemak semula enakmen sedia ada serta mencadangkan Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum. Semoga sabar dan tabah atas ujian ini.
Semoga pemergian almarhum di bulan Ramadhan yang mulia ini dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة.