22 April 2021
BATU : Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 Parlimen Batu telah menyerahkan sumbangan beras menerusi kepada penduduk setempat di sekitar Perumahan Rakyat Sri Pangkor baru-baru ini.
Program MyBeras adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan B40 di sekitar Wilayah Persekutuan.
Hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan MyBeras tersebut adalah Pengerusi MPP Sub Zon 2 Parlimen Batu, Abu Bakar Abdul Rahman.
Abu Bakar dalam ucapannya mengharapkan agar sumbangan yang disalurkan dapat mengembirakan hati para penerima khususnya di bulan Ramadhan ini serta sedikit sebanyak meringankan beban sara hidup mereka.
Menurut beliau lagi, program MyBeras merupakan bantuan berkala daripada pihak pentadbir dan akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa.
Turut sama dalam majlis serahan tersebut adalah Timbalan Pengerusi MPP Sub Zon 2, Badrol Hisham Ismail, ahli jawatankuasa MPP Sub Zon 2, serta ahli jawatankuasa Kelab Rukun Tertangga, Apartment Sri Pangkor.
Oleh: Dhiya’ Muttmainnah
22 April 2021
BATU : Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 Parlimen Batu telah menyerahkan sumbangan beras menerusi kepada penduduk setempat di sekitar Perumahan Rakyat Sri Pangkor baru-baru ini.
Program MyBeras adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan B40 di sekitar Wilayah Persekutuan.
Hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan MyBeras tersebut adalah Pengerusi MPP Sub Zon 2 Parlimen Batu, Abu Bakar Abdul man.