Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS Kampar perkukuh hubungan kerjasama agensi kerajaan demi pembangunan belia Kampar

311
SHARE

Oleh ABDUL HADI AZMAN

KAMPAR, 24 Apr: Dewan Pemuda PAS Kampar mengambil inisiatif menjalinkan hubungan dengan agensi kerajaan di daerah Kampar dengan mengadakan ziarah mahabbah ke Jabatan Agama Islam Perak(JAIPk) Daerah Kampar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kampar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  Daerah Kampar.

Ziarah mahabbah dan agihan kurma sempena bulan Ramadan ini bertujuan memperkukuh  hubungan dan menjalinkan kerjasama dalam perkara yang melibatkan anak muda di daerah Kampar.

Pertemuan ini memberikan ruang kepada Dewan Pemuda PAS untuk membincangkan dan merancang gerak kerja pembangunan belia dalam pelbagai sektor seperti ekonomi dan sosial.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kampar, Ts Mohd Shahrizan Mohd Puad berkata, pemuda PAS Kampar sentiasa komited untuk menjalinkan kerjasama  dengan pelbagai pihak terutamanya agensi kerajaan demi kebaikan dan manfaat anak muda di daerah Kampar.

Sepanjang bulan Ramadan, Dewan Pemuda PAS Kampar juga akan melaksanakan pelbagai program dakwah dan kebajikan sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan anak muda untuk memenuhi masa di bulan Ramadan dengan perkara yang memberikan kebaikan di dunia dan akhirat.