SELAMAT HARI PENGGUNA KEBANGSAAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Pengguna Kebangsaan yang disambut secara serentak dengan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia pada 15 Mac 2021.
Selaras dengan tema “Menangani Pencemaran Plastik” pada kali ini, marilah bersama-sama memupuk kesedaran agar mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian kita.
Jadilah sebagai seorang pengguna yang bijak serta peka terhadap kelestarian alam sekitar.
‘ Islam Memperkukuh Perpaduan ‘