Home Berita PAS Perak

Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak | YB Akmal

453
SHARE
May be an image of outdoors and tree
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
.
9 Mac 2021, IPOH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) secara besar-besaran di semua daerah dalam Negeri Perak pada 6 dan 7 Mac 2021 yang lalu.
.May be an image of text
Tumpuan Ops OMPT adalah di kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka termasuklah tapak pelupusan sampah dan kawasan yang aktif dengan pembukaan tanah.
.
Tindakan perundangan akan diambil terhadap tuan tanah yang sudah melakukan pembakaran terbuka.May be an image of outdoors and tree
.
Orang ramai adalah diingatkan supaya memberhentikan amalan pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
.May be an image of standing and outdoors
Selain itu, JAS Perak berharap orang ramai melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.
.May be an image of fire, tree, outdoors and textMay be an image of standing, outdoors and treeMay be an image of outdoors