OPERASI BUNYI BISING MOTOSIKAL BERSAMA PDRM
.
7 Mac 2021, TANJONG MALIM – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama PDRM Mualim telah menjalankan satu operasi bersepadu khas bagi penguatkuasaan ke atas bunyi bising kenderaan jenis motosikal.
.
Ops kali ini telah berjaya menghasilkan 2 pemeriksaan menggunakan meter bunyi bising dan 1 notis di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
.
Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak mempunyai niat mengubahsuai ekzos motosikal sehingga menyebabkan pelepasan bunyi melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
.