Home Berita PAS Perak

E-Waste dan Kelestarian Alam Menurut al Quran | YB Akmal Haji Kamarudin

308
SHARE

May be an image of 3 people, people standing and text that says "Prihatin Rakyat Komuniti LAPORKAN SECERA ΓΑΠΑ KEBOCORAN KEPADA: EDSHA SOLUTIONS SDN BHD TEL 05-365 4388 -800-88-2727 J.A.S. (Ibu Pejabat) 05-253 4749 J.A.S. (IPOH) 999 POLIS BOMBA PROGRAM GUMPULAN KEMPEN EKTRIK & ELEKTRONIK BUANGAN (E- WASTE) TARIKH 6 MAC 2021 SABTU) MASA 9.30 PAGI TEMPAT DEWAN KOMUNITI ULU CHEPOR TAMBAHAN, CHEMOR SAMSUNG PERASMIAN OLEH MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains. Teknologi Hijau dan Alam Sekitar 105 stratcome erak MUNIKASI STRATEGIK KOML KASI STRAT (STRATCOM) NEGERI"E-Waste dan Kelestarian Alam Menurut al Quran
.
Sedutan ucapan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Ipoh, semalam :
.
E-waste (sisa elektronik) ini mempunyai bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik, merkuri, selenium dan lain2 yang terkait dengan pencemaran alam sekitar.
.May be an image of 2 people, people standing and text
Islam mengajar kita tentang tanggungjawab memelihara kelestarian alam. Di dalam al Quran sahaja, terdapat 16 ayat yang menggambarkan larangan merosakkan bumi. Firman Allah SWT di dalam Surah al Baqarah ayat 60
.
كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
.
(Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
.
Sisa-sisa ini jika dibiarkan dan terbakar, ianya berpotensi untuk mengeluarkan gas berbahaya seperti dioksin dan furan atau secara umumnya sejenis pencemaran yang terhasil dan mengandungi kimia. Justeru, pencemaran ini perlu dicegah selaras dengan kewajipan memelihara kelestarian alam.