Home Berita PAS Pahang

Mari Kita Bersatu Demi Umat

615
SHARE

وإن طائفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلوا بينهما..

“dan jika ada 2 puak dikalangan kamu dari kalangan orang yang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya…”

Kita sedang melalui situasi yang kritikal. Negara yang masih dibelenggu isu Covid, negara berada dalam mood pilihanraya. Golongan lawan yang sangat berkeinginan menguasai semula pemerintahan dan membawa agenda-agenda yang sangat bertentangan dengan nilai sedia ada.

Cabaran kita adalah untuk menyatukan melayu Islam yang terdiri dari parti yang berbeza-beza. Masing-masing dengan ideologi dan pembawakan masing-masing. Ada kepentingan-kepentingan yang sukar untuk dilepaskan. Ada luka yang masih berdarah, masih belum terubat.

Cuma disana, kita berdepan dengan mudharat yang jauh lebih besar. Tanpa penyatuan, pemerintahan ini boleh jadi akan jatuh kembali kepada Pakatan Harapan. Tempoh 22 bulan dibawah pemerintahan mereka telah meninggalkan pelbagai sejarah hitam kepada umat Islam.

Untuk itu, tidak cukup dengan kekuatan sendiri, tidak “padan” untuk mengutamakan kehendak sendiri, dan tidak patut untuk bergerak bersendirian. Kita perlukan umat Islam untuk bersatu bagi mengekalkan tampuk pemerintahan ini dikuasai oleh melayu Islam sebagai teras.

PAS akan terus berusaha untuk menyatukan melayu Islam, mencipta satu kumpulan kuasa yang sukar digugat bagi menguasai kerajaan pusat. PAS akan terus menjadi orang tengah untuk menyelesaikan permasalahan dalaman melayu Islam, bagi menghalang PH menguasai semula tampuk pemerintahan negara.

Apa salahnya menjadi orang tengah kepada 2 kumpulan mukmin yang sedang berada dalam keadaan tegang dengan tujuan yang lebih besar – menyelamatkan negara dari perosak-perosak negara.

Masing-masing punya kepentingan bagi kelompok masing-masing. Tapi tidak bermakna kepentingan-kepentingan ini lebih besar dari penyatuan kerana AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Kita cintakan negara ini, jangan biarkan ia jatuh ketangan perosak. Untuk itu, PENYATUAN kelompok melayu Islam perlu menjadi keutamaan. Mari bersatu demi ISLAM.

إن الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص.

Sesungguhnya Allah suka orang yang berjuang membela agamanya dalam keadaan teratur rapi.

Seruan ini dari hati si dhaif, mewakili sahabat-sahabat yang cintakan Islam, kepada semua kelompok melayu Islam khususnya, dan semua rakyat Malaysia amnya.

Aireroshairi Rolsan
TKP DPPNP
06032021
1106 hrs.

https://www.facebook.com/1744716682510052/posts/2782237162091327/