Home Berita PAS Wilayah

Lagi sumbangan keperluan asas dan baucer buku pada B40

352
SHARE

Oleh : Thia Razali
16 Februari 2021

BATU : Program sumbangan keperluan asas dan baucer buku kepada golongan B40 yang menetap dalam Parlimen Batu diteruskan lagi di Taman Desa Bakti, baru-baru ini.

Barang keperluan asas yang berupa beras, tepung, minyak masak dan sebagainya itu disumbangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Mannar Malaysia dan PAS Cawangan Taman Wilayah manakala baucer buku bernilai RM50 pula ditaja oleh Yayasan Wilayah Persekutuan.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut adalah Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azhar Yahya dan wakil Pertubuhan Kebajikan Al-Mannar Malaysia, Mohamad Noh Abd Rahim.

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif yang diusahakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5 dan ahli jawatankuasa Madrasah Al-Ikhwan bagi meringankan beban ibu bapa dan ketua keluarga dari kumpulan B40 yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Turut sama dalam program tersebut adalah Ketua Cawangan PAS Taman Wilayah, Azmi Bolia.

Sumbangan tersebut telah dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berlangsung di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ketika ini.