Home Berita PAS Wilayah

Sugarbook: PAS Wangsa Maju buat laporan polis

449
SHARE

Oleh Abdul Fateh

WANGSA MAJU : PAS Kawasan Wangsa Maju diwakili Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud telah membuat laporan polis berkenaan isu Sugar Baby yang tular baru-baru ini di sini hari ini.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Wangsa Maju itu turut disertai Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Harun dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi.

Menurut Abdul Rani, di dalam laporan ini disebutkan kenyataan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, sebuah syarikat aplikasi ala pelacuran yang mempertemukan antara Sugar Daddy dan Sugar Baby, Darren Chan, bahawa bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby melalui aplikasinya adalah seramai lebih 14,000 orang.

“Saya berpandangan bahawa pemilik laman web, laman web dan seluruh aplikasi Sugarbook wajar disiasat dan diharamkan kerana ia menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia, termasuk pelajar universiti yang beragama Islam, untuk terlibat di dalam perbuatan seks berbayar yang merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara”, ulasnya.

PAS Wangsa Maju menggesa siasatan segera dijalankan oleh pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat.