Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tionghua yang menyambutnya pada tahun ini.
Suasana harmoni dalam kepelbagaian bangsa dalam kalangan kita harus dipelihara sebagaimana Allah menyatakan dalam Al Quran dalam Surah Al Hujurat ayat 13, bahawa tujuan diciptakan berbilang bangsa adalah untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu dicapai dengan kesatuan bangsa-bangsa di Malaysia, dan dengan kesatuan yang sama, diharapkan kita dapat terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara tercinta ini.
Di kesempatan ini juga BPPWP menyeru agar semua yang menyambut perayaan ini mengikut SOP perayaan dalam fasa pandemik COVID-19 seperti yang telah digariskan oleh kerajaan baru-baru ini.
Semoga tahun baru Cina ini menjadi suatu permulaan yang baik kepada semua yang menyambutnya.
恭喜发财,新年进步 2021
Gong Xi Fa Cai 2021
Happy Chinese New Year
Siiru ‘ala barakatillah.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Wilayah Sejahtera’
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
6 Februari 2021 l 24 Jamadilakhir 1442H