Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Ziarah Keluarga Arwah Veteran PAS Kg. Setia Jaya

454
SHARE

Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU : PAS Kawasan Wangsa Maju telah meluangkan masa menyantuni keluarga Allahyarham Husin Bin Usop yang sedang menghadapi ujian kehidupan di kediaman anak bongsunya baru-baru ini di Pangsapuri Villa Danau, Setapak.

YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh, juga merupakan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan telah membuat penyerahan wang tunai hasil daripada Badan Khairat Kematian kepada waris terdekat iaitu isteri Allahyarham, Puan Azizah Binti Hassan.

“Ayah, (Arwah Husin) merupakan antara individu terawal dalam penubuhan PAS Cawangan Kampung Setia Jaya dan pernah menjadikan kediaman rumah orang tua saya di Jalan Jaya 3/3, Kg. Setia Jaya sebagai Markaz PAS Cawangan bagi aktiviti usrah, kini saya akan menyambung legasi ayah sebagai aktivis bagi membantu anak muda agar tidak jauh tersasar dari tuntutan Agama iaitu Islam” ujar Muhd Ammar.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud menyatakan sokongan dengan apa yang dilakukan oleh Ammar sebagai Pengerusi sebuah NGO bagi membantu anak muda dan berharap akan ada kerjasama dengan Dewan Pemuda satu hari nanti.