Home Kenyataan Media Presiden PAS

Tun Salleh Abas meninggal dunia

1423
SHARE


Rasa sedih menyelubungi suasana pagi ini tatkala mendapat perkhabaran pemergian Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas ke rahmatullah.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini.

Jasa almarhum sangat besar dalam menulis draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 dengan tangannya sendiri, sewaktu saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Enakmen tersebut.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS