Home Berita PAS Wilayah

Asnaf Gembira Dirai PAS Dalam Majlis Khatan

762
SHARE

Yb Senator Nuridah bersama peserta

MUHAMMAD HAKIM AL-HASHIMI

WANGSA MAJU : Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dengan kerjasama Klinik Siti, Wangsa Setia dan Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera telah mengadakan Majlis Khatan PAS Wangsa Maju di sini, hari ini.

Program berkenaan dianjurkan sempena cuti sekolah akhir tahun bagi memenuhi tuntutan berkhatan untuk anak lelaki Muslim sebelum mereka mencapai umur akil baligh.

Penyertaan program bagi siri pertama ini disertai 17 orang kanak-kanak sekitar Wangsa Maju dan prosedurnya dikendalikan oleh staf-staf Klinik Siti.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut menyampaikan sumbangan pek barangan keperluan kepada keluarga peserta.

Yb Senator Nuridah

Turut sama hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Mohd Asri Abdul Wahid.

Klinik Siti pula diwakili oleh Pengarah Pengurusan & Penasihat Syariah, Ustaz Muhammad Abu Bakar Bin Datuk Dr. Yahya serta Pengarah Perubatan, Dr Yetty Murni Binti Zamris.

Ustaz Abu Bakar Yahya (Kanan) dan Ustaz Abdul Rani (Kiri)