24 November 2020
Penulis: Khairul Izwan
Rompin :: Petugas Media PAS Rompin sedang bersiap sedia untuk membantu Jentera Pilihanraya PAS Kawasan ke arah gerak kerja pilihanraya umum ke-15.
Beberapa bengkel mengasah bakat dalam ilmu penerangan dan media baru diadakan dalam usaha melahirkan petugas parti yang berkemahiran tinggi.
Teknik penulisan, olahan berita, pembikinan video pendek adalah antara perkara yang diberi penekanan dalam siri bengkel-bengkel yang diadakan.
Ketua Penerangannya, Syed Razman berkata usaha ini adalah merupakan salah satu persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 kelak.
“Persiapan team penerangan telah dibuat lebih awal. Kami telah melahirkan beberapa kumpulan kecil untuk lebih tersusun dalam menyampaikan maklumat sesuatu berita,” katanya.
“Petugas Media PAS Rompin ini juga diberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan sebuah produk berita, video atau dokumentari yang profesional.” tambahnya lagi.
Team Media PAS Kawasan Rompin ini telah menghadiri beberapa siri bengkel yang diadakan di peringkat PAS Negeri Pahang dan telah menganjurkan bengkel Kemahiran Video di peringkat PAS Rompin.