Home Berita PAS Perak

YB Santuni Fronliner Sekatan Jalan Raya | YB Haji Razman Zakaria

633
SHARE

PARIT BUNTAR – YB Tuan Haji Razman Zakaria bersama YDP PAS Kawasan Bagan Serai Haji Abdul Aziz Abdul Majid dan YDP PAS Kawasan Parit Buntar Encik Baharin menyantuni frontliner (PDRM, JPAM dan RELA) yang bertugas di sekatan jalan raya sempena perintah kawalan pergerakan bersyarat PKPB di kawasan Parit Buntar.
Rombongan turut diiringi oleh Ketua Balai Polis Parit Buntar (OCS) Tuan Suren menuju ke lima dari enam lokasi sekatan sekitar kawasan Parit Buntar iaitu sekatan jalan berhampiran Sungai Rawa, sekatan Jalan Bandar Abdul Rauf, sekatan jalan Kampung Kedah, sekatan jalan Batu 5 dan sekatan jalan Titi Serong.
Program yang diiringi oleh wakil anggota Jabatan Amal PAS Encik Syukri dan ustaz Hanif turut menyumbangkan 3 kotak air minuman dan 10 bungkus bihun sup bagi setiap lokasi.
Diharapkan dengan program yang dijalankan dapat memberi suntikan semangat kepada anggota-anggota frontliner untuk terus bertugas membantu pihak kerajaan dalam usaha memerangi wabak pandemik covid-19 seterusnya memulihkan keadaan dan membebaskan negara dari wabak ini.