BAGAN SERAI – YB Tuan Haji Razman Zakaria meninjau projek naik taraf Jalan Parit Gabis Bawah. Menurut maklumat yang diterima dari JPKK Encik zulkefly Dahari jalan tersebut akan diturap sepanjang 1.8 km.
Didapati projek berjalan lancar dan dijangka akan siap diturap dalam sedikit masa lagi. Tinjauan hari ini mendapati jalan telah siap di ratakan dengan batu kasaran dan hanya menunggu proses akhir yaitu meletakkan campuran tar.
Ketika melakukan tinjauan tersebut dan tiba di satu lokasi YB tertarik dengan inisiatif anak muda di kampung tersebut yang berkebolehan membina bot fiber.
Melihat kepada salah sebuah bot yang telah siap didapati buatan anak kampung ini kelihatan setanding dengan keluaran yang berada di pasaran.
Di kesempatan ini juga YB sempat menyantuni keluarga Kamal yang baru kematian ibu mertuanya di Teluk Seribu Satu. Kamal merupakan antara pengawal keselamatan YB sewaktu PRU14 yang lalu.