LAWATAN TIMBALAN MENTERI PERTANIAN
7 November 2020 – 12 tengahari
YDP PAS Kawasan Pasir Salak merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak, Ustaz Mustafa Hj Shaari bersama rombongan AJK PAS Kawasan Pasir Salak menghadiri Perasmian Kedai FJ Trading Group PLT, Pembekal Info Pertanian dan Penternakan di Langkap, Perak..
Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Datuk Che Abdullah bin Mat Nawi dan seterusnya rombongan melawat ke Pusat Penternakan Arnab Pedaging milik FJ Trading Group PLT di Kampung Changkat Petai, Tapah Road..
Bidang penternakan arnab semakin mendapat tempat dalam kalangan perternak di Perak selepas industri itu meningkat tiga kali ganda daripada 5,000 ekor pada tahun lepas kepada 15,000 ekor tahun ini..
Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata untuk rekod, pada tahun ini seramai 95 penternak arnab telah mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak berbanding 62 penternak tahun lalu..
Kerajaan amat menggalakkan masyarakat menceburi bidang penternakan arnab pedaging khususnya anak muda kerana ia adalah suatu bidang yang agak ringan dan mampu dilaksanakan oleh semua golongan masyarakat serta tidak memerlukan modal dan tanah yang besar..
Tahniah dan terima kaseh kepada semua AJK PAS Kawasan Pasir Salak yang terlibat dalam program ini..
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#PasirSalakSejahtera
#PASKawasanPasirSalak